Review : Offers by Osta Salon And Spa, Solaris Mont Kiara


Osta Salon and Spa adalah sebuah spa terletak di Solaris Dutamas. Ia dibuka kepada wanita sahaja yang ingin mencari ketenangan jiwa dan sesuatu baik untuk tubuh badan selepas kepenatan seharian bekerja setelah melalui kesibukan kota dengan bebanan kerja seharian. Melihat pada alamat semua akan sangka yang harga setiap rawatan adalah mahal, sebenarnya tak sama sekali jika dilihat pada catalog ternyata mata korang akan excited nak cuba semua rawatan yang ditawarkan.

IMG_0312IMG_0313

Spa ini dibuka dari Isnin ke Sabtu dari pukul 10 pagi sehingga 8 malam. Di dalam Spa ini disediakan 4 konsep bilik yang disediakan untuk keselesaan pelanggannya iaitu (a) Bilik Garden (1 katil); (b) Bilik Moroccan (1 katil); (c) Bilik Traditional Malay (2 katil); dan (4) English Facial room (2 katil). Selain daripada spa, perkhidmatan manicure, pedicure dan reflexologi juga disediakan oleh Osta Salon and Spa. Paham-paham sajalah orang perempuan ni, bila niat nak masuk Spa saja, di kepala haruslah tubuh badan mendapat segala rawatan setiap bahagian tubuh badan. Bila dilihat pada harga setiap rawatan dalam harga mampu bayar.

Selain itu juga, pelanggan yang menjadi focus utama adalah golongan muslimah atau lebih dikenali dengan hijabista. Golongan ini sangat particular tentang aurat mereka, jadi Osta Salon adalah tempat yang tepat bagi mereka bagi mendapatkan rawatan penjagaan diri.

IMG_0314IMG_0315IMG_0316IMG_0320IMG_0321IMG_0323IMG_0324IMG_0325

Sebagai tanda perhargaan kepada pelanggannya, Spa ini turut menyediakan infused spa water sebelum memulakan spa dan sedikit makanan dan minuman ringan  selepas tamat sesi spa.

KULIT adalah organ terbesar tubuh dan ia juga umpama ‘perisai’ yang melindungi diri daripada pelbagai elemen luar yang agresif seperti persekitaran, pancaran sinar matahari dan penggunaan pelbagai produk kosmetik.

Sudah terbukti sebelum ini dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik seluruh dunia bahawa apa saja produk yang diletakkan pada kulit akan memasuki tubuh. Oleh itu, setiap kali ingin menyapu sesuatu pada kulit, kita perlu berfikir terlebih dulu sama ada produk berkenaan bersifat semula jadi, selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.

Sejak 50 tahun lalu, ribuan bahan kimia sintetik dihasilkan dan terkandung dalam pelbagai produk dari makanan, produk mandian dan sebagainya.

Sudah tentu kita tidak akan dapat mengelak 100 peratus daripada semua produk yang mengandungi kimia sintetik kerana ia sentiasa ada di sekeliling dan sebahagian daripada kehidupan tetapi kita boleh mengurangkan penggunaannya.

Sebagai alternatif, ketika ini, barangan organik semakin popular dan mendapat tempat di hati pengguna tetapi adakah kita sebagai pengguna mengetahui apa sebenarnya produk yang dikatakan sebagai organik. Produk organik adalah barangan yang diperbuat daripada tumbuhan yang ditanam dan diproses mengikut peraturan spesifik yang ketat.

IMG_0337IMG_0338

Produk utama yang digunakan oleh Spa ini ialah jenama dari Perancis, Abellie, yang terkenal di Europah. Produk ini banyak menggunakan bahan asas dari organik dan semulajadi. Madu organik adalah bahan utama kosmetik ini yang telah mendapat pengikitrafan dari Ecocert dan Cosmebio.

Rawatan kaki dan tangan hanya menggunakan produk Abellie yang bole didapati di Spa ini iaitu:-

  • Abellie Moisturizing Hand Treatment (20 minit) berharga RM58
  • Abellie Nourishing Foot Treatment (40 minit) berharga RM68

Kebaikan dan faedah menggunakan produk ini ialah ia akan mencantikkan kulit tangan anda dan membaiki tumit kaki yang rosak. Cara penggunaannya Abbellie Body Scrub adalah dengan mengosok (scrub) produk ini pada tangan dan kaki. Kandungan produk ialah madu acacia, cengkerang almond (almond shells) dan minyak jojoba dapat membantu memyingkirkan kotoran dan sel sel kulit mati.

IMG_0296

Faedah paling ketara apabila tangan dan kaki di urut menggunakan Abellie Hand and Foot Cream yang amat berkesan untuk melonggarkan tisu kaki dan otot yang tegang. Produk ini kaya dengan kandungan madu almond, mentega shea (shea butter), minyak lemon (lemon essential oil) dan lidah buaya yang merupakan unsur utama bagi memberi kelembapan, kelembutan dan kegebuan pada kulit.

IMG_0301

Rawatan ini dapat aku rasai sendiri dan hasil selepas jalani rawatan sangat puas hati. Keadaan kulit menjadi lembut, sihat paling penting rasa nyaman dan rileks. Bestnya rasa nak ulangi rawatan ni. Mana tidaknya bila ada orang yang tolong urut dan sental kaki tangan dengan begitu lembut dan menyamankan. Dalam waktu tekanan kerja seharian dan badan yang letih rawatan ini mampu selesaikan semuanya.

So kakak-kakak, ibu-ibu, wanita kerjaya luar sana atau surirumah sekali pun jemput datang ke OSTA Spa untuk mendapatkan rawatan setanding rawatan Spa AntaraBangsa. Bukan sahaja bahan digunakan adalah organic, malah para petugas juga sangat ramah dan mesra pelanggan.

Lokasi OSTA Spa:

A1-UG1-09, Solaris Dutamas,

No. 1 Jalan Dutamas 1,

, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Malaysia

Phone:+60 3-6207 9006

Hours:

Open today · 10AM–8PM

Website FB Page: https://www.facebook.com/ostasalonandspa/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s